Wednesday, March 31, 2010

CERITA .C.H.E.N.T.A. KAMI (PART 2)

Masih ingt lagi last entry tentang small wish card for Mr H before his test?Below are the example..sgt hodoh my handwriting dulu..and what so ever wif the word "HAPPY GO LUCKY"..
And 143?? (1:I, 4:LOVE, 3:YOU)..belum couple pn da tulis 143??kerana saya berasa yakin he will be mine dat time..ohh.nooo...sgt kebudak-budakan..Luckily, he stl kept everythg.tahniah diucapkan..('',)



Continue from CERITA KAMI before, sy yakin yg die tak couple lg..but somehow after our b'jln b'sm2 ke stadium telah diketahui oleh org lain, then the reality exposed suddenly..bahawasanya die sdh pn cpl dgn org lain (syukur awek die x serang sy ketika itu)..OMG, i feel so sad..
Saya pun mengundurkan diri sy, meminta diri because i hv done sth not good.
Saya berkawan, tp dgn HARAPAN jg..
Saya join Camping KRS because his name listed too..but then, he quit and i'm still in..
Saya wakil daerah volleyball, and his name listed too..but then, he hd chosen to wakil daerah football and i'm still in..
After a few thgs happen, i don't think i can continue this with so much trial..
And then I decided to quit from this bad habit..kalau jodoh tak ke mane kan..
Berdiam lebih baik..
To be continued...

Monday, March 29, 2010

CERITA .C.H.E.N.T.A. KAMI (PART 1)

Disebabkan kadar kebosanan harian semakin meningkat, I decided to refresh my love story here, so InsyaALLAH it will be remains everlasting in my blog and my long term memory...Amin.

Where should I start it...1999,2000,2001 or jumps directly to 2003.
Bismillahirrahmanirrahim...

Year 2001..
Saya menuntut ilmu di SMK Telok Datok (Tajaan Yayasan Selangor)
Ketika saya Form 3, saya adalah pelajar cemerlang (Jujurnya saya..)..seorang pengawas..
Saya adalah seorang pelajar 3 Adil yg aktif bersukan dan cemerlang dlm pelajaran..
Rumah sukan saya Tun Perak (Biru)..Saya suka choral speaking dan berlari2..
Saya suka main bola tampar..Saya suka aktiviti yg mencabar..Saya seorg ahli KRS..

Mr H pula kelas sebelah saya, 3 Amal..pengawas perpustakaan yg xpernah pn bertugas..
Rumah sukan beliau adlh Raja Lumu (Purple:geli u...)
Aktif juga bersukan:menyepak bola yg bulat, menampar bola Mikasa, dan berlari2..
Juga seorg ahli KRS..Sangat aktif and always mk our school proud of him..

KAMI stay kat asrama (bukan asmara kay..0.o)
and we never get closer to each other till one moment..
one of my dorm-mate (my senior) said "Fara sesuai la dgn Mr H.."
then, I realized it, dat i never noticed his presence before..how innocent he is..how "muke baik" he is..AND OMG..saya suka la kat die..
Saya suka kt die..saya kem salam melalui adk angkat sy (Azizi)
Saya suka kt die..saya kirim Mamee..
Saya suka kt die..saya bt small wish card GOODLUCK for him before test n exam..
Saya suka kt die..saya ajak die bersama2 berjalan kaki ke Stadium Jugra
(because both of us de saringan larian ketika waktu itu..)

Saya sgt sukakan die sebab sy nampak ciri2 lelaki pemimpin diri saya pd diri beliau..

Die setuju utk berjln2 bersama2 sy ke Stadium...he shows gud response..
Saya rs bahagia..(Gatal o.0)

(Top:Dewan Sekolah KAMI, Bottom: Stadium Jugra)


To be continued...

Monday, March 22, 2010

SAYA GEMBIRA UNTUK MEREKA (",)

Bila rasa gembira, tepuk tangan..
Bila rasa gembira, hentak kaki..
Bila rasa gembira, beginilah caranya..
Bila rasa gembira, senang hati..

Saya (Ms Noor Faradilla) rasa sangat gembira untuk mereka. MEREKA yg sy maksudkan di sini adalah MY BFF : Pn Hafidzah Md Zin and Cik Nur Masitah Mokhtar..Both are my BFF since i knew them during my matriculation at MMC (Malacca Matriculation College).
Saya gembira untuk mereka kerana:
1) Fizah dah selamat mendirikan rumahtangga and she seems very happily ever after. ye la, tidur tak keseorangan..makan bersuapan..mandi??tak tau la kan..hehe.T_T
2)Mas sms yesterday
"Fara fizah sayangs, org tunang 2hb5 nt tau.pls save the date!org nak both of u dtg.huhu."
Mas nak tunang da..saya gembira beliau pun akan menamatkan zaman bujangnya nt.oohh..saya berasa cemburu jg..bilakah waktu sya akn tiba??
(Sabar Fara..the time will come to u..ingat matlamat...matlamat..)
Gambar dibawah was during Fizah's solemnization and wedding day..as the last entry I posted before..Nur Masitah (on the left) pun akan menempuhi waktu2 nie tidak lama lg..
I am very hepi for both of u..Saya doakan kebahagiaan anda..doa utk saya juga ye
(Dlm doa:Doakan kedua ibubapa Fara terbuka hati utk memberi keizinan kpd Fara meneruskan usaha dalam mengukuhkan hubungan mereka..Amin...)
Saya da siap bagi text doa da..tolong ye doakan saya slalu..
Anda berdua yg saya sayang selamanya..walau apapun status anda..saya tetap bersama anda..
SELALU (Walau jauh di mata, dekat di hati)..haha..da macam kad ucapan hari raya Aidilfitri yg dikirim jauh dr oversea..=p..

Wednesday, March 17, 2010

K.A.M.I

KAMI during my BFF (Hafidzah Md Zin) wedding's day sebelah pihak lelaki dekat Bangi Golf Resort (20 BULAN 12 TAHUN 2009). i am the pengapit (yang bawa kpas tp x bawak sepit k) and i am proud because wajahku wujud dalam kedua2 photo album mereka (for Melaka-belah Fizah n Bangi-belah Hardi)...doa2 xdela editor yg crop pic saya ye..(",)

feeling so sad when our BFF get married..so, after this there is no chance for me to sleepover wif her kat umahnye di Sg Petai, Melaka. sobsob..tsk..tsk..

i love u Fizah AND Mr Hasif kesayangan saya...









dan KAMI???Bilakah waktu KAMI pula???
Selalu dalam doa saya..AMIN

Friday, March 12, 2010

MASIHKAH AKU?

It has been a longggg (lots of g:refers to very long) time since the last entry i update in this blog..


i have not much classes for dis sem..and i have a lot of time to read blogs..to FBing...

but why i can't open my blog n update it??


MASIHKAH AKU??


Masihkah aku mempunyai blog??

Masihkah aku menjadi blogger??


Most of the time i spent to read the wedding blog..their own planning to the blissful delightful wedding..hua..(MAMA:aku mahu kawen...)


and my planning for my wedding begins from 10th January 2010...


1)on that day..suddenly, Hasif n I penuh teruja to find out our merisik ring..from our last survey at KLCC..we decide to order the ring at Habib..that is our 1st step...of our serious relationship..

because we are both 24 yrs old..n plan to get married by 25..


2)....


3)....


4)....


5)....



and I think we have to stop planning it for a while..because of MY (Fara) decision to further my study..still praying I get the offer from UKM and UM (Amin..)


and better to have engagement in the end of 2010..InsyaALLAH..


bersabar kekasihku (Hasif) kerana aku juge perlu tabah dan sabar menanti waktu itu..(^_^)




Trip to Cameron ..(Tujuh belas Februari 10)

Friday, September 4, 2009

10 tip menjadi pasangan yang baik

1)Terima seadanya: Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2)Berkomunikasi secara terbuka: Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3)Aktiviti bersama: Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

4)Tunjukkan cinta anda: Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5)Kawal perasaan: Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6)Jangan ungkit kisah lalu: Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

7)Kurangkan rasa cemburu: Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

8)Jaga komitmen antara satu sama lain: Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9)Jujur: Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10)Beri layanan terbaik sepanjang hidup: Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.

Tuesday, August 18, 2009